Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts
Saturday, 10 September 2011

waktu terbuang ku .

Waktu -waktu yang telah dilalui tidak ada pun yang terbuang dengan sia-sia.Semua terbuang dengan penuh bermakna. Rindu pulak dekat my sweet girlfriend yang berada dikampung halaman masing-masing . Tidak disangka, bila dah kenal hati budi, perangai dan ragam kami terpaksa pula berpisah 

Girlfriend semua tinggal jauh , jadi kalau nak dating lepas ni confirm  kena pergi Kelantan atau diorang yang kena datang Terengganu.
Apa yang best tentang 6 kepala ini, iaitu yang terdiri daripada MAMA , MOJA, JYMA, BELLA, ARIE dan juga IENA .

Kalau hendak diceritakan seorang demi seorang memang terlalu banyak sebab masing-masing mempunyai perangai dan sikap yang berlainan.Tapi bila dah 6 kepala bersatu for sure keadaan akan jadi huru-hara.

Teringat pulak trip kami ke Mesra Mall, Kemaman semata-mata mahu menonton wayang.cerita Nangkung. Tapi best sebab trip kami dengan kereta TW8689. Apehal dengan kereta itu? hanya kami ber6 sahaja yang mengetahuinya.hahahaha. Yang joki time tuh MAMA. Punyalah power si Mama ni sebab terserlah bakat sebagai seorang drifter apabila kami melalui sebuah jalan shortcut area Kemaman. Macam mahu gugur jantung sebab jalan tu punyalah berliku-liku and Mama pulak drive kereta agak gila vavi . Apa lagi kami yang duduk  sit belakang ...Mulut sorang-sorang asyik menjerit ajer.Ada yang menjerit sebab terover excited dan ada juga yang menjerit sebab terlalu takut.
Boleh saya describekan  trip kami memang agak bahaya ,sepanjang perjalanan kami melalui jalan yang dah rupa macam roller coster tidak ada teserempak dengan mana-man kereta. Means bukan tidak ada, tapi terlalu jarang and payah nak terserempak dengan kereta. So, memang jalan itu agak bahaya dan tidak selamat sebab bukan jalan utama.Tapi Alhamdulillah kami semua selamat .Tengoklah pulak siapa yang drive kan. Bekas pelumba kereta beb...hahahahha...luculah

Sebelum ke MesraMall kami singgah dahulu di Zoo Kemaman.. Nengok-nengok kawan-kawan kami yang dah lama kami tidak berjumpa...Punyalah excited mahu masuk dalam Zoo tu,  And last ..vroommm kami berlari bergegas ke tram.. giler..macam budak tadika perangai sorang-sorang...Lepas tu, jakun semua bila dah ada atas tram buat bising rasa mesti pokcik,mokcik menyampah dan naik serabut sebab ada juga spesis babun yang jakun naik tram...hahahahha

Dah menggila bersama babun dan monyet di Zoo kami pun terus menyusul ke Mesramall..uyeahhh ..
Tonton wayang...

Dari pagi sampai ke tengah malam duk menggila sakan.Sebelum pulang ke Kuala Terengganu kami singgah untuk bergambar di Dungun. Kat situ ada satu taman yang look a like i city tapi biasa-biasa jer,Taman tu pun macam hunted sebab time kami sampai dah hampir midnight ,tidak ramai manusia yang lepaking di taman tersebut.Just suara kami sahaja yang memecah kesunyian . Gila betul, pergi mana-mana confirm kena buat bising.

vroomm vremmmm.

Mama bawak kami ke jalan shorcut lagi di Kerteh.Liena pun pelik sebab jarang lalu jalan tersebut, Punyalah gelap dan sangat menakutkan..Apa yang bermain kat fikiran Liena time tu " macam manalah kalau kereta ni rosak kat sini?..."..Bila dah lepas melalui jalan itu barulah rasa lega . fuhhhh...

Gudung Rapok gudung Rapok....(bahasa ganu)

Akhirnya sampailah kami di Kuala Terengganu.Dah sampai bukannya reti nak balik hostel terus , melepak lagi di Tc Taman Cina di Kampung Cina lepas tu cari makanan dekat Jala Bukit Bayas.nasi lemok bawoh umoh

Suddenly, prappp panggg... Lampu kereta depan belah kiri pecah ..ups..Kesilapan teknikal. Small the pieces..lampu pecoh kene langgor pintu pagor rumoh orang.. hhahaha

Lepas tu jalan terus balik ke hostel sebab pintu gate lepas subuh dah bukak .Dah keenam-enam manusia yang sudah penat meronggeng bersama pun beradu dengan khusyuknya...

Iniilah trip yang kami plan semasa final sem 5, masa plan trip ni kami dah nak start paper account tapi still boleh planining ..gila ...

* Gambar akan diupload soon..Sebab sekarang update blog di office did not bring the resouces..hehehehe
ini sebahagian daripada gambar gila kami
atas tram

koya 

see..air terjun..yuhuuu tapi xley nak mandi

taman dungun

mesramall.....


Nota rindu-rinduan : to JYMA,MOJA,BELLA,ARIE and also MAMA Aku tahu kau orang baca blog aku kan geng...so ak harap lepas ini kita boleh create satu lagi trip yang gila vavi macam ni lagi..okay?....muahhhhh..
Tuesday, 6 September 2011

kalau ku dah kata yang ku rindu

i cant  describe how i miss a moment that we've been through together on the Raya last year. A sweet moment that we've been gedik-gedik and merendek together then a best moment is when we was stuck at traffiq jam..jeng keleng...by fatihah tea kancil hijau..

are you still remember that moment wahai kawan-kawan ku yang ku sayangi?.. i still remember and its still fresh in my mind.but this year was a huru-hara Raya ..because of ketiadaan liena zaidin tidak menyertai kalian..Agak kehampaan liena zaidin ... Well, hopefully i can spend another time with all of my sweet girlfriend.

biar liena zaidin story serba sedikit mengenai Raya kami last year.

Kepulangan dinanti :- cik noor hidayah binti deraman & nur farain azman kerana mereka berdua ini berlocated jauh sedikit berbanding dengan kami yang lagi tiga ketul ini. But, yang tidak dapat 'menjoinnedkan' dirinya adalah cik farain ,so solution kami berempat adalah menerjah ke rumah cik Farain.

Kami berempat mengila bersama beraya selama 2 hari. Sakan beraya kan. 

Pergi terjah rumah sahabat handai yang lain, iaitu Wan Jannah untuk melihat baby barunya yang pertama diberin nama Adam...Untung kan janah dah dapat anak..Dulu masa sebelum jadi bini orang ,jadi mak orang memang sangat amat nakal si Jannah. tapi now sudah menjadi isteri dan juga ibu kepada Adam she was 200% change sebab dah ada tanggungjawab ..hehehe tak boleh nakal-nakal macam dulu lagi dah....Sweet sangat melihat Janah mendukung anaknya.Tersentap naluri keibuan kami 4 ketul yang masih brutal dan menggila.

Seronok dapat beraya bersama kawan-kawan sebab kawan-kawan liena zaidin best. 

Nota kaki & tangan : so, aku banyak mengampu & cong sama kamu wahai kawan-kawanku lepas ni buat reti-reti belanja aku makan ke minum ker ...hahahahahaha


Friday, 26 August 2011

dop mayiik

"dop mayik" which means xmatured dari segi akal dan perbuatan.

Hari ini tetiba terasa nak mengimbau kenangan semasa zaman persekolahan  so "dop mayik" is refer to zaman jahiliah iaitu zaman menjadi pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaaan Sultan Sulaiman. Terlalu banyak kenangan manis yang tercreated semasa di sekolah itu. Liena belajar di sekolah tersebut since 2002 .


Orang selalu anggap bila bersekolah di SS ramai yang buat andaian konon-konon bijak,pandai,so on...alah.....itu refer untuk orang lain yang jadi best student dapat result gempak ,liena TAK..Liena punyalah pemalas, result pun memang nyawa-nyawa ikan .

Macam mana liena boleh berada di SS ? okay begini ceritanya kerana terlalu minat dan aktif akan bidang sukan arwah ayah suggest sekolah itu, tanpa segan silu dan berfikir panjang terus terima walhal terpaksa stay hostel.Nak tak nak terpaksa stay hostel. first week di hostel....setiap hari afta makan tengah hari atau afta abis waktu persekolahan liena akan call mak guna public phone , masa tu handphone belum pakai.Terpaksalah berebut public phone dengan hostel girl lain ,time tu "skeleng" atau duit syiling memang amat-amat diperlukan. kalau skeleng kehabisan stock liena guna pulak telepon yang bila call ,that person yang dicall itu kne cas. Manja kan...tak manja pun cuma sebab first time stay jauh dengan family. ( sekolah dengan rumah tak jauh mana pun setengah jam jer )

Mula-mula masa jadi junior kat dalam hostel kenalah berlagak baik,noob jer kan. Ikut semua cakap kakak -kakak senior,  lepas tu bed pulak memang dapat bed bahagian atas sebab bed bawah semua kakak senior yang "kongker". So suka ke tak suka ke terpaksa kena tidur kat bed atas jugak .Tapi belum pernah kena ragging sebab dapat kakak senior satu kepala .tahun first kat hostel liena stay kat dorm Dahlia( ingat-ingat lupa ). KAK NADIA,ALONG, KAK AIN, WANI,NANI,MIRA,MIMI,DALIA,IQA... (yang lain-lain memang tak ingat SORRY). Masa ni dah start join team Netball SS. Tiap-tiap petang kena turun training, melihat kehebatan kakak-kakak senior yang dah main stage membuatkan liena begitu kagum dan perasaan menjadi berkobar-kobar untuk terus pergi selection untuk game Kejohanan Sukan Sekolah Premeir. Tapi tidak terselect sebab liena still pelapis ,tapi kan kan...yang best sebab dapat ikut sekali ke Sekolah Convent apa ..xingat.. Coach bawak semua pelapis untuk motivated kami macam mana nak handle emosi bila berada kat sesuatu game yang besar macam  ni. ..First experienced as Player Netball.

SKIP...SKIP

Training ,training,training punya training finally terselect la masuk ke dalam team netball pemain utama as GK (GoalKeeper) under 14 , lebih kurang macam team juniorlah.bermain untuk Kejohanan sekolah-sekolah.Dua tahun duk main untuk sekolah peringkat daerah finally dapat main untuk daerah peringkat negeri even xjadi 7 player yang utama tapi "aku bangga doe!"hahaha xpandai main pun tu yang tak dapat jadi 7 pemain utama tuh 

Atas usaha dan kecintaan terhadap sukan ini liena teruskan dengan bertraining sepenuh jiwa dan raga untuk selection game yang boleh dikatakan besar ,,Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premeir. Akhirnya eden dapek...eden dapekk... Maka menjelajahlah aku ke beberapa negeri pada ketika itu. Seronok pergi negeri orang bawak nama sekolah untuk game. Mana taknye start dari bertolak smpai la nak keluar shopping ,makan .. Keadaan kami semua berpakaian sukan, pakai baju sponsor ,sport brand, kasut sponsor..alaaaaa sponsor kan..bukan dapat pun...kalau dapat pun baju jer..Belambak sampaikan tak terpakai,

kalau sentuh bab tournement ni paling tak boleh lupa Tournement kat Melaka, semua budak sport ad...Ragbi,Hoki & Netball... Kami berkampung di D' Village tahun 2006 time tu liena SPM , punyalah excited training sampai xmasuk kelas. ...Padahal limit training smpai kul11 pagi tapi kami-kami yang dah malas nak masuk kelas sengaja anjakan masa. tapi best sebab cikgu-cikgu semua dah faham kalau budak sport ada game bulan tu,memang diorang dah agak yang  confirm payah nak ada muka-muka yang dah dicop "budak sport"...hahah budak sportla katakan....koya..lebih-lebih i.... 

Sekarang ni kalau lalu jer jalan sekolah mesti nak tengok hostel, lepas tu tengok pintu gerbang. urmm..sebab selalu datang sekolah lewat sampai hari-hari kena tulis nama...sampai naik meyampah pengawas kat liena sebab muka sama jer tiap-tiap hari. ( masa ni dah pergi sekolah dengan moto ,minah rempih r konon)

Atoiyaaa..banyak gila nak bercerita pasal sekolah.Ni belum lagi cerita macam mana taktik-taktik yang digunakan untuk sesi "pemontengan kelas"..Next post liena story morry.. 

Nota penumbuk : kan dah cakap cik liena memang banyak main-main dari nak belajar masa sekolah dulu.

Saturday, 20 August 2011

kehilangan ahli keluarga disaat menyambut Ramadhan yang ke-20


Last enrty liena dah janji nak bercerita pasal arwah ayah liena.Tapi entry kali ini liena tidak bercerita pasal arwah ayah tapi arwah tokki yang telah pergi mengadap Illahi pada 20 Ogos 2011 bersamaan 20 syawal. 



Pada tahun (2010) lepas kami telah kehilangan  2 orang ahli keluarga. Pada 1hb Julai , Arwah Zainudin bin Salleh yang merupakan ayah kepada liena telah pergi untuk selamanya. Arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak dan liena yang sulong .Bagi kami ia merupakan satu tamparan yang sangat besar dalam hidup kami, kerana arwah merupakan ketua keluarga dan kepada arwhlah kami bergantung hidup. Namun kehilangan arwah sebenarnya sedikit sebanyak membangkitkan semangat kami untuk meneruskan hidup dan berdikari untuk menyara diri dan adik-adik. Alhamdulillah, kami masih lagi boleh meneruskan kehidupan ini kerana kami percaya darah yang sentiasa mengalir dalam badan kami adalah penguat kami. bahawa arwah sentiasa melihat kami walaupun pada zahirnya kami tidak dapat melihat dan merasa namun semangat arwah tidak pernah hilang dalam diri kami adik beradik dan juga termasuk ibu kami,.

Selang beberapa bula pula , Dia mengambil Zaiton bin Salleh merupakan ibu saudara liena. Suasa Aidilfitri pada tahun itu disambut dengan begitu hambar kerana pada tahun yang sama dua orang ahli keluarga kami pergi menyahut seruan Illahi, namun Aidilfitri pada tahun itu tetap disambut walaupun terpalit sejuta kesedihan dalam diri setiap ahli keluarga , lebih-lebih lagi liena dan keluarga .

Tahun ini (2011) dua  orang ahli keluarga liena telah pun pergi menyahut seruan Illahi, apakan daya kami sebagai ahli keluarga hanya mampu ikhlas akan pemergian orang-orang yang banyak meninggalkan kami seribu satu kenangan .Pemergian arwah tokki lebih syahdu dan amat terasa kehilangan kerana pemergian arwah pada 10 hari terakhir Ramadhan.

Syawal kali ini turut diraikan dengan perasaan yang hiba dan terasa kehilangan beberapa ahli kelurga yang tersayang.Sebelum kematian arwah tokki , Zawawi bin Salleh juga turut sama-sama meninggalkan kami sekeluarga pada Januari 2011. Arwah merupakan bapa saudara kepada liena. Sepanjang hidupnya arwah sangat baik dan penyayang lebih-lebih kepada liena dan adik-beradik. 

Dalam masa dua tahun , liena telah kehilangan empat ahli keluarga terdekat lebih-lebih lagi kehilangan seorang ayah. Betapa besar dugaan Dia berikan, namun sebagai hambaNya liena ikhlas dan redha dengan segala ketentuan ini. Sesungguhnya liena percaya Allah tidak akan menguji umatNya melebihi kemampuan umatNya. 

Al-Fatihah untuk keempat-empat insan yang tersayang semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
  • Arwah Salleh bin Long (****** - 20 Ramadhan 2011 )
  • Arwah Zaiton bin Salleh ( ***** - 23 Ramadhan 2010 )
  • Arwah Zainudin bin Salleh ( 1st july 1961 - 1st July 2010 ) 
  • Arwah Zawawi bin Salleh ( januari 2011 ) 
Dan juga tiga lagi ahli keluarga yang telah pergi sebelum ini :

  • Kassim bin Mamat ( 2009 )
  • Senik binti Karim ( 2004 )
  • Mak long ( since 1989  )
Tuesday, 28 June 2011

program anak angkat di Felda Mengkawang

Alhamdulillah akhirnya selesai program anjuran kolej ,setelah 3 hari 2 malam di sebuah tempat yang sangat indah iaitu Felda Mengkawang.Ini adalah pertama kali saya sampai di felda ini walaupun dah hampir 22 tahun saya berada di Terengganu.Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya sendiri kerana sebelum ini saya tidak pernah sampai di mana-mana felda lagi dan ini merupakan satu peluang yang amat saya nantikan dan akhirnya saya dapat menikmati bagaimana rasa berada di sebuah felda yang sangat cantik,sistem pentadbiran yang sistematik dan juga penduduk yang sangat mesra.

inilah mak angkat kamai .."moknah "

sebelum buat chicken dance..menggila sekejap

bowling kepala kaw..HAKHAK

bersama anak-anak Felda yang comel & happening lagi pening,
Dan juga paling mengujakan apabila bertemu dengan keluarga angkat saya.Saya dapat merasakan kehidupan keluarga angkat saya dan mak,ayah dan juga adik-adik memberi layanan yang amat baik sekali terutama mak atau lebih dikenali penduduk felda dengan panggilan "moknah".

Kenangan ini akan sentiasa ada dalam ingatan.Rindu pula pada mak.Bila lagi saya akan sampai ke Felda Mengkawang lagi?? hurmm...

Thursday, 17 February 2011

dinner :: theme blackwhitesilver ::

Makan malam yang terakhir bersama kawan-kawan kolej dan juga pensyarah.Macam-macam  ragam kawan-kawan memperagakan pakain masing-masing dan ada yang beraksi untuk mengambil gambar.Bagi saya dan kawan-kawan sekelas yang lain,inilah masa yang perlu diguanakan dengan sebaik mungkin sebelum berpisah pada Julai nanti.Dan selain itu dapat mengenali junior yang masih belum berkenalan.

Makan malam kali ini juga turut disertai oleh Mr.Yie sebagai pasangan saya malam tu.Tak sia-sia Mr.Yie ikut sekali sebab xpasal-pasal dapat hadiah cabutan bertuah.

Adala sikit gambar-gambar untuk santapan mata anda:-

BFF

teman sekelas batch12 intake july09
*mata banyak yang menyimpang ke cam len jerk !


credit to NURUL AKMAL kerana diriku begitu berharga..HAHAHA

BFF suka belon kot.
taraaa...dialah teman setia saya.kemana saya pergi dia harus ada.. (",)

Monday, 3 January 2011

new year di Angulia resort

New year disambut di Angulia Resort yang berlokasi di Marang. Apa yang boleh digambarkan disini adalah kegembiraan,kepuasan dan keletihan. Mana tidaknya 2 hari 1 malam kami berkampung di sana dipenuhi dengan aktiviti yang mencabar dari segi mental dan fizikal. Perkampungan ini lebih menjurus kepada mengeratkan hubungan sesama ahli kelab dan bukan saja-saja nak sambut tahun baru pun.

Perjalanan kami menuju ke Angulia adalah dengan scooter masing-masing ,mengambil masa hampir sejam sebab kena tunggu yang lain-lain .Harap maklum memang susah nak bangun awal-awal pagi lebih-lebih lagi golongan kaum Adam..

Hampir-hampir nak sampai Liena boleh terlajak sekali dengan Kema a.k.a Miss Ribena . Bengong betol, Angulia pun boleh aku tak tahu kat mana...aiskhh malu....

Sebelum menjalankan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal kami, kami terlebih dahulu diberi kumpulan. Ada 5 atau 6 kumpulan kalau tidak silap Liena. Tak ingat.. Aktiviti yang pertama adalah jeng jeng jeng...Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan misi dengan mencari kad yang berwarna dan mengikut segala arahan kad tersebut sehingga di penamat. Dan antara perkara yang perlu kami buat adalah.: 

~ MENYANYI LAGU NEGARAKU DENGAN SERIUS. termegah-megah sorang-sorang sebab sebelum tu kena berlari kat pantai.
~DIKEHENDAKI MENYEBUT 5 RUKUN ISLAM MENGIKUT URUTAN YANG BETUL.tengah-tengah nak cepat dah semua tertukar mana yang first mana yang last
~ SETIAP AHLI KUMPULAN DIKEHENDAKI BERMAIN "BATU SELAMBUT ". Nasiblah Liena juara kampung hahahhaa
~ DIKENDAKI MENYUSUN SELIPAR YANG DIPAKAI KEPADA 2 TINGKAT. kat point ni Mr.Yie yang jaga tapi dia langsung tak tolong..hehehe.kurang asam.
~ DIKEHENDAKI MENCANTUM LOGO srf  YANG TELAH DI CERAIKAN. Task yang paling senang, hihihi

Dan pemenangya adalah, sorry Liena tak ingat. 

Dan aktiviti yang seterusnya : main kotak beracun, main make up -make.

So,layan jerlah gambar-gambar.


huru-hara : time to main masak2




tepung gomok



sebelum balik


Nanti Liena update .



Nota SUKASUKI:  Saya enjoy dengan program ini. uyeahh


Tuesday, 7 December 2010

cherating

Beberapa perkataan untuk event kali ni :-
EXCITED
FALL IN LOVE
SATISFACTION

Konvoi yang disertai oleh crew SRF Sungai Buloh, Kuala Lumpur, JB,Kelantan dan juga Terengganu. Kami berada di Cherating selama 3 hari 2 malam. First day di TM RESORT CHERATING and  next day di DUYONG RESORT berdekatan dengan pantai Cherating. 


seriously, this is the best event i've joinned.

ok,kita story morry dulu pasal pantai Cherating.Pantai ni memang sangat best dan pada yang tak pandai berenang kompem enjoy jer mandi pantai ni sebab pantai ni tak macam pantai-pantai yang lain lebih-lebih lagi kalau nak dibandingkan dengan pantai Batu Burok. Pantai BB bahaya tak boleh mandi sebab kat persisir pantai tu ada ombak or something else  yang boleh menarik sampai ke tengah laut. Bahaya kan? ..So pada kawan-kawan Liena kat Ganu , kalau nak mandi pantai sangat datangla mandi kat pantai Cherating ni disamping boleh tengok "ikan duyong"..lalalalala......

Tempat kami bermalam dan berehat ada dua iaitu TM resort dan Duyong Resort. First day kami kat TM resort ,actlly bukan resort sangat pun macam rumah tumpangan untuk staff-staff TM sebab rumah ni dekat dengan opis TM .Rumah ni dah cukup kelengkapan macam-macam dah ada dan sangat selesa. Kat sini la juga kami celebrate birthday budak dari KL maybe ( dah tak ingat nama SORRY ). lepas jer settle ngan "party liar " , habis dah macam tongkang pecah rumah ni.Mana tak pecah , ada adegan baling-baling tepung, baling telur, krim kek. Dah mengganas dah sorang-sorang ,Liena amik keputusan untuk melindungi diri di tempat yang selmat dari bahan-bahan yang boleh memuntahkan itu. yarkk.... pengotor budak-budak ni. Tapi best jer tengok sapa-sapa yang kena baling tuh..Telur babe...mau tak busuk kena..haiskh...

Second day, bermalam kat Duyong resort ,haa memang baik punya sebab dekat dengan pantai tapi tak terlalu dekat sangat. Resort ni pemes pun memang dah untuk budak-budak yang buat konvoi bermotor. Masa kat sini la dapat pusing-pusing kat kawasan Cherating dan dapat jumpa Jason Mraz, Angelina Jolie ..hahaha ape?? terkejut ke ...bukan Jason Mraz betul pun yang style macam Mraz jer..hahaha

Apa-apa pun memang sangat best rasa nak pergi lagi .



please don't tell my mama..  :)

welcome to Cherating

kehancuran ber"party"


ups..i dont know...who is he..hehehehe






pesisir pantai Cherating