Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Saturday, 20 August 2011

kehilangan ahli keluarga disaat menyambut Ramadhan yang ke-20


Last enrty liena dah janji nak bercerita pasal arwah ayah liena.Tapi entry kali ini liena tidak bercerita pasal arwah ayah tapi arwah tokki yang telah pergi mengadap Illahi pada 20 Ogos 2011 bersamaan 20 syawal. 



Pada tahun (2010) lepas kami telah kehilangan  2 orang ahli keluarga. Pada 1hb Julai , Arwah Zainudin bin Salleh yang merupakan ayah kepada liena telah pergi untuk selamanya. Arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak dan liena yang sulong .Bagi kami ia merupakan satu tamparan yang sangat besar dalam hidup kami, kerana arwah merupakan ketua keluarga dan kepada arwhlah kami bergantung hidup. Namun kehilangan arwah sebenarnya sedikit sebanyak membangkitkan semangat kami untuk meneruskan hidup dan berdikari untuk menyara diri dan adik-adik. Alhamdulillah, kami masih lagi boleh meneruskan kehidupan ini kerana kami percaya darah yang sentiasa mengalir dalam badan kami adalah penguat kami. bahawa arwah sentiasa melihat kami walaupun pada zahirnya kami tidak dapat melihat dan merasa namun semangat arwah tidak pernah hilang dalam diri kami adik beradik dan juga termasuk ibu kami,.

Selang beberapa bula pula , Dia mengambil Zaiton bin Salleh merupakan ibu saudara liena. Suasa Aidilfitri pada tahun itu disambut dengan begitu hambar kerana pada tahun yang sama dua orang ahli keluarga kami pergi menyahut seruan Illahi, namun Aidilfitri pada tahun itu tetap disambut walaupun terpalit sejuta kesedihan dalam diri setiap ahli keluarga , lebih-lebih lagi liena dan keluarga .

Tahun ini (2011) dua  orang ahli keluarga liena telah pun pergi menyahut seruan Illahi, apakan daya kami sebagai ahli keluarga hanya mampu ikhlas akan pemergian orang-orang yang banyak meninggalkan kami seribu satu kenangan .Pemergian arwah tokki lebih syahdu dan amat terasa kehilangan kerana pemergian arwah pada 10 hari terakhir Ramadhan.

Syawal kali ini turut diraikan dengan perasaan yang hiba dan terasa kehilangan beberapa ahli kelurga yang tersayang.Sebelum kematian arwah tokki , Zawawi bin Salleh juga turut sama-sama meninggalkan kami sekeluarga pada Januari 2011. Arwah merupakan bapa saudara kepada liena. Sepanjang hidupnya arwah sangat baik dan penyayang lebih-lebih kepada liena dan adik-beradik. 

Dalam masa dua tahun , liena telah kehilangan empat ahli keluarga terdekat lebih-lebih lagi kehilangan seorang ayah. Betapa besar dugaan Dia berikan, namun sebagai hambaNya liena ikhlas dan redha dengan segala ketentuan ini. Sesungguhnya liena percaya Allah tidak akan menguji umatNya melebihi kemampuan umatNya. 

Al-Fatihah untuk keempat-empat insan yang tersayang semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
  • Arwah Salleh bin Long (****** - 20 Ramadhan 2011 )
  • Arwah Zaiton bin Salleh ( ***** - 23 Ramadhan 2010 )
  • Arwah Zainudin bin Salleh ( 1st july 1961 - 1st July 2010 ) 
  • Arwah Zawawi bin Salleh ( januari 2011 ) 
Dan juga tiga lagi ahli keluarga yang telah pergi sebelum ini :

  • Kassim bin Mamat ( 2009 )
  • Senik binti Karim ( 2004 )
  • Mak long ( since 1989  )

2 jantung tertinggal:

EdaManAli said...

byk2 sabar...mati tu pasti...kite xmampu nk halang ketentuan Allah meskipon yg dijemput tu adalah org yg paling disayangi...

life goes on & mesti ceria slalu...

liena zaidin [ mrs yiena ] said...

terima kasih kawan.. =D