As salam sahabat pembaca, untuk pengetahuan kalian tahun ini sudah hampir genap 3 tahun pemergian arwah ayah tercinta .Namun ,masih lagi terasa seperti baru semalam LZ bercerita,berbual dan bergurau bersama arwah. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan-kenangan yang manis bersama arwah ayah. Sungguh ! disaat LZ sedang menaip papan kekunci ini terasa sebak dan pilu kerana terlalu rindukan arwah ayah. Sekiranya diberi peluang kedua ,akan LZ galas sebaik mungkin tugas LZ sebagai seorang anak kepada ayah. "Adakah ayah ingat Along?" .Itulah persoalan yang sering terungkap difikiran LZ apabila LZ rindukan ayah. Perginya ayah dari kehidupan LZ adalah satu tamparan yang sangat kuat dalam hidup. Lemah tidak berdaya tanpa ayah disisi. Rindu ini tidak dapat diungkap dengan sebuah perkataan . Perginya separuh jiwa buat selama-lamanya. Hanya Sang Pencipta sahaja yang mengetahui betapa lemahnya diri ini tanpa ayah .Namun Dia masih lagi berikan LZ kekuatan iaitu bonda tercinta. Itulah kekuatan kehidupan LZ. Biarlah secebis surat buat ayah ini sebagai utusan .Semoga ayah sentiasa melihat kehidupan kami .
" Assalamualaikum ayah , bagaimanakah kehidupan ayah di sana? Along sentiasa sedekahkan Al-Fatihah buat ayah supaya ayah sentiasa tenang di sana. Ayah, rindu along terhadap ayah tidak dapat along ungkapkan di sini. Along masih belum puas untuk bergurau dan bergelak ketawa bersama ayah. Ayah, along sudah pun menghabiskan pelajaran along . Ayah tentu gembira kan? Oktober 2012 nanti majlis konvokesyen along ,biarpun ayah tidak akan dapat bersama tapi along tahu ayah dapat tengok along dari jauh kan? .
Ayah,ayah , ada satu lagi berita baik buat ayah. Along sudah bekerja ,along gembira sangat sebab dapat bagi adik-adik duit.Bonda pun gembira sangat ,ayah.Kalau ayah ada mesti kita boleh makan sama-sama kat kedai makan macam dulu-dulu kan? Kita keluar sama-sama ,makan sama-sama. Ayah, along bukan menangis . =) Along terharu ,sebab apa yang along dapat sekarang hanya bonda dan adik-adik sahaja yang raikan along. Tapi ayah? ayah pun mesti raikan alongkan? ,tapi dari jauh sahaja. ;(
Along rindu ayah. Lepas ayah pergi jauh dari along , along tidak ada kekuatan . Sebelum ni, kalau along sedih ayah mesti ada dengan along, dengar cerita along kan? .Ayah, ayah memang the best. Ayah ingat tak ayah ajar along main gitar?, tapi sampai hari ni along masih tak pandai main gitar .Gitar tu along tak dapat cari .Maafkan along ,ayah....
Ayah ,terlalu banyak cerita along mahu kongsi bersama,tapi alangkah bagus kalau ayah dapat dengar .
Ayah,along balik tiap-tiap minggu tapi alongtetap sunyi .Along rindu ayah..Rindu nak masak sama-sama .. Rindu nak dengar ayah bercerita.
Ayah,maafkan segala dosa along.Along tahu along bukan seorang anak yang baik. Along akan ingat pesanan ayah .Insyallah ayah along akan usaha apa yang ayah ungkapkan disaat nafas ayah yang terakhir..
Ayah,Al-Fatihah buat ayah......
Sekian dari anakmu
Zalina binti Zainudin.
2 jantung tertinggal:
al-fatihah utk ayah... :) moga dia selalu dirahmati..
Amin....Amin..
tengs a lot ,kwn.
Post a Comment