Alhamdulillah akhirnya selesai program anjuran kolej ,setelah 3 hari 2 malam di sebuah tempat yang sangat indah iaitu Felda Mengkawang.Ini adalah pertama kali saya sampai di felda ini walaupun dah hampir 22 tahun saya berada di Terengganu.Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya sendiri kerana sebelum ini saya tidak pernah sampai di mana-mana felda lagi dan ini merupakan satu peluang yang amat saya nantikan dan akhirnya saya dapat menikmati bagaimana rasa berada di sebuah felda yang sangat cantik,sistem pentadbiran yang sistematik dan juga penduduk yang sangat mesra.
|
inilah mak angkat kamai .."moknah " |
|
sebelum buat chicken dance..menggila sekejap |
|
bowling kepala kaw..HAKHAK |
|
bersama anak-anak Felda yang comel & happening lagi pening, |
Dan juga paling mengujakan apabila bertemu dengan keluarga angkat saya.Saya dapat merasakan kehidupan keluarga angkat saya dan mak,ayah dan juga adik-adik memberi layanan yang amat baik sekali terutama mak atau lebih dikenali penduduk felda dengan panggilan "moknah".
Kenangan ini akan sentiasa ada dalam ingatan.Rindu pula pada mak.Bila lagi saya akan sampai ke Felda Mengkawang lagi?? hurmm...
0 jantung tertinggal:
Post a Comment