Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Friday, 26 August 2011

dop mayiik

"dop mayik" which means xmatured dari segi akal dan perbuatan.

Hari ini tetiba terasa nak mengimbau kenangan semasa zaman persekolahan  so "dop mayik" is refer to zaman jahiliah iaitu zaman menjadi pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaaan Sultan Sulaiman. Terlalu banyak kenangan manis yang tercreated semasa di sekolah itu. Liena belajar di sekolah tersebut since 2002 .


Orang selalu anggap bila bersekolah di SS ramai yang buat andaian konon-konon bijak,pandai,so on...alah.....itu refer untuk orang lain yang jadi best student dapat result gempak ,liena TAK..Liena punyalah pemalas, result pun memang nyawa-nyawa ikan .

Macam mana liena boleh berada di SS ? okay begini ceritanya kerana terlalu minat dan aktif akan bidang sukan arwah ayah suggest sekolah itu, tanpa segan silu dan berfikir panjang terus terima walhal terpaksa stay hostel.Nak tak nak terpaksa stay hostel. first week di hostel....setiap hari afta makan tengah hari atau afta abis waktu persekolahan liena akan call mak guna public phone , masa tu handphone belum pakai.Terpaksalah berebut public phone dengan hostel girl lain ,time tu "skeleng" atau duit syiling memang amat-amat diperlukan. kalau skeleng kehabisan stock liena guna pulak telepon yang bila call ,that person yang dicall itu kne cas. Manja kan...tak manja pun cuma sebab first time stay jauh dengan family. ( sekolah dengan rumah tak jauh mana pun setengah jam jer )

Mula-mula masa jadi junior kat dalam hostel kenalah berlagak baik,noob jer kan. Ikut semua cakap kakak -kakak senior,  lepas tu bed pulak memang dapat bed bahagian atas sebab bed bawah semua kakak senior yang "kongker". So suka ke tak suka ke terpaksa kena tidur kat bed atas jugak .Tapi belum pernah kena ragging sebab dapat kakak senior satu kepala .tahun first kat hostel liena stay kat dorm Dahlia( ingat-ingat lupa ). KAK NADIA,ALONG, KAK AIN, WANI,NANI,MIRA,MIMI,DALIA,IQA... (yang lain-lain memang tak ingat SORRY). Masa ni dah start join team Netball SS. Tiap-tiap petang kena turun training, melihat kehebatan kakak-kakak senior yang dah main stage membuatkan liena begitu kagum dan perasaan menjadi berkobar-kobar untuk terus pergi selection untuk game Kejohanan Sukan Sekolah Premeir. Tapi tidak terselect sebab liena still pelapis ,tapi kan kan...yang best sebab dapat ikut sekali ke Sekolah Convent apa ..xingat.. Coach bawak semua pelapis untuk motivated kami macam mana nak handle emosi bila berada kat sesuatu game yang besar macam  ni. ..First experienced as Player Netball.

SKIP...SKIP

Training ,training,training punya training finally terselect la masuk ke dalam team netball pemain utama as GK (GoalKeeper) under 14 , lebih kurang macam team juniorlah.bermain untuk Kejohanan sekolah-sekolah.Dua tahun duk main untuk sekolah peringkat daerah finally dapat main untuk daerah peringkat negeri even xjadi 7 player yang utama tapi "aku bangga doe!"hahaha xpandai main pun tu yang tak dapat jadi 7 pemain utama tuh 

Atas usaha dan kecintaan terhadap sukan ini liena teruskan dengan bertraining sepenuh jiwa dan raga untuk selection game yang boleh dikatakan besar ,,Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premeir. Akhirnya eden dapek...eden dapekk... Maka menjelajahlah aku ke beberapa negeri pada ketika itu. Seronok pergi negeri orang bawak nama sekolah untuk game. Mana taknye start dari bertolak smpai la nak keluar shopping ,makan .. Keadaan kami semua berpakaian sukan, pakai baju sponsor ,sport brand, kasut sponsor..alaaaaa sponsor kan..bukan dapat pun...kalau dapat pun baju jer..Belambak sampaikan tak terpakai,

kalau sentuh bab tournement ni paling tak boleh lupa Tournement kat Melaka, semua budak sport ad...Ragbi,Hoki & Netball... Kami berkampung di D' Village tahun 2006 time tu liena SPM , punyalah excited training sampai xmasuk kelas. ...Padahal limit training smpai kul11 pagi tapi kami-kami yang dah malas nak masuk kelas sengaja anjakan masa. tapi best sebab cikgu-cikgu semua dah faham kalau budak sport ada game bulan tu,memang diorang dah agak yang  confirm payah nak ada muka-muka yang dah dicop "budak sport"...hahah budak sportla katakan....koya..lebih-lebih i.... 

Sekarang ni kalau lalu jer jalan sekolah mesti nak tengok hostel, lepas tu tengok pintu gerbang. urmm..sebab selalu datang sekolah lewat sampai hari-hari kena tulis nama...sampai naik meyampah pengawas kat liena sebab muka sama jer tiap-tiap hari. ( masa ni dah pergi sekolah dengan moto ,minah rempih r konon)

Atoiyaaa..banyak gila nak bercerita pasal sekolah.Ni belum lagi cerita macam mana taktik-taktik yang digunakan untuk sesi "pemontengan kelas"..Next post liena story morry.. 

Nota penumbuk : kan dah cakap cik liena memang banyak main-main dari nak belajar masa sekolah dulu.

0 jantung tertinggal: