Genap 1 tahun 8 bulan saya menjadi seorang perantau di daerah lain ,iaitu satu daerah yang jauh dari keluarga tercinta bandar Jerteh,Terengganu (2jam dari K.Trg). Pada saat diri ini harus ditempatkan bekerja disini hati ini terlalu berat untuk pergi kerana tidak pernah sekalipun berjauhan dengan keluarga.
Hati ini terus tabah dan kuat untuk meneruskan pekerjaan ini dan semakin kuat semangat apabila teringat akan pesanan ibunda tercinta, walau apapun kerja yang diperolehi anggaplah ia satu amanah yang besar untuk diri sendiri dan juga keluarga.
Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih lagi disini meneruskan hidup walaupun gaji tidak sebesar yang kawan-kawan saya jangkakan tapi masih lagi boleh menyara hidup di sini. Bagi sahabat seangkatan dengan saya yang masih lagi berstatus LS di TMpoint mereka mungkin lebih memahami keadaan saya, namun dengan suasana kerja yang tidak terlalu tertekan memberi impak yang positif kepada saya untuk merasa keseronokan bekerja.
Secara positif saya menganggap ini adalah satu ketentuan buat diri saya untuk belajar berdikari dan terus berusaha mencapai sesuatu yang diingini .Hati ini sentiasa meronta-ronta untuk ditukarkan di kampung halaman sendiri, cuma masa sahaja yang menentukan , saya terus bersabar kerana saya harus percaya Allah sudah merancangkan sesuatu yang terbaik buat saya cuma lambat atau cepat sahaja.
Saya doakan kawan-kawan seangkatan dengan saya akan terus berjaya dalam pekerjaan mereka dan InShaAllah, dapat terus jadi PMT...
Ameen....
@counter MSOS TMPoint Jerteh,Terengganu...
#hope MSi tak baca post ni.. kantoi aku mengulor kerja.. ;)
0 jantung tertinggal:
Post a Comment