Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Monday, 7 October 2013

kehendak dalam kehidupan

As Salam,

Sampai bila???  selalu soalan ini bermain dibenakku, akhirnya hari ini saya telah memberi notis azimat dan dua minggu bermula hari ini adalah hari-hari terakhir saya di sini sehinggalah pada hari terakhir 21 October 2013(Isnin)

Penantian selama hampir dua tahun , dan akhirnya jalan yang saya nampak adalah meninggalkan pekerjaan ini.Mungkin ini satu pengorbanan yang sangatlah kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan bonda selama ini,Peluang pekerjaan terlalu banyak di luar namun kerana memikirkan akan keluarga diri ini kuatkan semangat untuk mencari kerja lebih dekat dengan keluarga disamping dapat membantu bonda .

Apalah yang diri ini harapkan adalah membalas jasa seorang bonda disaat dia masih lagi bernafas.Diri ini tidak lagi sanggup untuk meninggalkan bonda dan adik-adik. Ada sesetengah pihak terlalu mudah berbicara,"tempat bekerja tidaklah terlalu jauh jika dibandingkan bekerja di Kuala Lumpur .Hujung minggu boleh balik jenguk keluarga "Mudah mereka berbicara , jika ada kecemasan dirumah pada siapa mereka ingin bergantung ? adakah pada mereka-mereka yang enak berbicara itu? adakah yang berbicara enak itu inign menolong keluarga saya jka berlaku sebarang kecemasan ?   

Biarlah saya tidak dapat bekerja di sebuah syarikat yang gah atau disesebuah jabatan kerajaan, asalkan tempat saya bekerja dekat, ,menjimatkan kos dan lebih-lebih lagi saya dapat pantau adik-adik dan juga bonda. 

Merenung ke masa hadapan ,bonda semakin berusia dan biarlah saya habiskan masa bersamanya ,Mungkin juga Allah tidak mempercepatkan jodoh untuk berkahwin kerana inilah hikmahnya. Berkorban demi keluarga tercinta . InshaAllah saya harapakan kehidupan keluarga saya yang terbaik.

Terima kasih kepada bonda yang sentiasa berada disamping saya, susah senang membantu saya selama saya disini (Besut) terima kasih juga buat teman bercinta kerana dia juaglah pemberi semngat saya dan setia bersama saya disaat saya jatuh dan bangun.. serta adik-adik ...

Semoga Allah sentiasa mendengar segala doa saya dan mempermudahkan segala urusan saya ..
Ameen...

#semoga tempat kerja baru saya baik-baik sahaja..   :)

0 jantung tertinggal: