yeay.... it's raya...
Alhamdulillah selepas sebulan berpuasa, kini datanglah pula hari raya..oh alangkah indah menjadi kanak-kanak..Gembiranya mereka mengutip duit raya,, ohhh saya pula "gembira" tahun ini menjadi sebagai pemberi duit raya kepada kanak-kanak.
Disaat menyambut hari raya dengan penuh gembira tidak dilupa kepada ayahnda tercinta, pusaranya tidak tidak sempat ku kunjungi pada hari raya ini hanya doa & Al-fatihah sentiasa mengiringi. Turut serta doa dihulur kepada arwah tokki,cik, ma tom & paksu yang disayangi.. Semoga mereka berada di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah.
Mungkin sudah terbiasa barangkali diri ini sudah dapat menerima hari raya tanpa adanya mereka disisi, terutama ayahnda tercinta. Terkadang rasa sayu & pilu menerpa namun hati ini tetap kuat menyambut hari raya bersama ibunda & adik -adik yang disayangi.Dan seorang insan yang menyayangi diri ini yang cuba sedaya upaya mencuri masa untuk meluangkan masa untuk beraya bersama. Terima kasih kepada teman bercinta kerana kesudiannya walaupun beliau terpaksa membahagikan masa dengan keluarganya.
Salam Adilfitri buat keluarga & sahabat handai... Ampun Maaf Dipinta ,,,
Salam Adilfitri buat keluarga & sahabat handai... Ampun Maaf Dipinta ,,,
0 jantung tertinggal:
Post a Comment