Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Sunday, 2 June 2013

ku panjatkan rasa sykurku kepadaMu Ya Rabbi ..


As Salam,
Syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan masa untuk jari ini menekan setiap huruf di papan komputer riba ini...

   Syukur walaupun tiada lagi dapat merasa kasih sayang seorang ayah, namun Dia tetap adakan rasa kasih sayang ini daripada seorang manusia yang masih  bernama lelaki. Alhamdulillah.Mungkin ramai yang merasakan betapa keberuntungannya saya kerana diberikan seorang lelaki yang terlalu baik dalam kehidupan ini.Diri ini sentiasa diingatkan akan 3 perkara sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Juga sentiasa diingatkan dari segi pemakaian dan perihal penjagaan aurat, Alhamdulillah masih  ada seorang lelaki yang menegur dimana silap dalam menjaga aurat. Pernah sekali ketika dipermulaan penghijrahan saya ,beliau berpesan janganlah  berubah kerana orang lain,janganlah berubah kerana dirinya tapi berubahlah kerana diri sendiri.
   Selangkah demi selangkah diri ini mencuba untuk menjadi yang terbaik sebagai anak kepada ibu&bapanya, kakak kepada adik-adiknya,sahabat kepada teman-temannya dan kekasih hati kepada sang pemilik hatinya In Sha Allah, jika diberi peluang sebagai seorang  isteri yang solehah kepada suaminya dan ibu yang mitahli kepada anak-anaknya.
   Diri ini sentiasa dileteri olehnya namun hati ini terasa sangat lapang kerana masih ada seorang insan yang mengambil akan diri ini. kadang-kadang gelagatnya melebihi seorang ibu meleteri anaknya, Tersenyum sendiri apabila teringat akan saat dileteri olehnya.Walaupun sifat panas baran dan pemarah namun jauh disudut hatinya ,beliau tersangat lembut dan pemaaf orangya.Terkadang diri ini sentiasa melakukan kesalahan yang kerap berlaku, namun beliau tidak jemu menasihati diri ini. Ya Allah, sangat beruntungnya diri ini kerana diberi peluang untuk merasa nikmat kasih sayang ....


0 jantung tertinggal: