Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Wednesday 24 July 2013

nyah kau dari sini!

As Salam,,

DETOX atau penyahtoksin.

Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan supplement , proses detox akan terjadi kepada tubuh badan meraka ,Ini kerana badan kita yang sudah sedia ada dengan toksin akan mengalami proses menyahkan toksin atau memberambuskan toksin dari badan.

Jadi kemungkinan seseorang yang mengamalkan pengambilan supplement keputusan atau tindak balas akan lebih cepat atau lambat berbanding orang lain,Kerana proses ini bergantung kepada kadar toksin dalam badan masing-masing.

Cuma harus diingatkan sentiasalah mengamalkan minum air dengan kadar yang banyak sekurang-kurangnya 1.5L sehari. (wahhhhh )

Dari mana datangnya toksin? 

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia
Tanda-tanda ada toksin dalam badan ( perlu DETOX)

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia
cara-cara DETOX?

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  4. DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik

 Okey kawan-kawan apabila kita mengambilan sebarang supplement proses ini akan terjadi , jadi banyakkan bersabar jika menggunakan sebarang supplement .



0 jantung tertinggal: