Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Sunday, 28 July 2013

sekeping hati

As Salam,
#20Ramadhan

Alhamdulillah syukur masih lagi diberi peluang untuk terus menghirup udara dan mencari pahala serta berbuat amalan untuk bekalan di alam sana.

Hari ini aku memulakan perjalanan diawal pagi ditemani salah seorang rakan sekerja menuju ke tempat kami mencari rezeki, iaitu Besut . Perjalanan kami diiringi dengan suasana sejuk serta kabus yang agak tebal sedikit menganggu pemanduan ku.Namun ia tidak sekali mengugat aku untuk terus memacu laju kereta murahku untuk sampai ke destinasi yang kami tujui.

Kerana jauh dilubuk hatiku jauh lebih terganggu , hati yang kecil ini merintih,menangis dan ingin sahaja aku memacu laju keretaku dengan fikiran yang berkecamuk namun mujurlah aku ditemani oleh sahabatku yang sangat memahami gerak lakuku.Lantas dia memecah keheningan itu dengan menyedarkan aku yang sedang mengelamun "kenapa?lain macam saja!".. Nada sedikit keras menyedarkan aku lantas aku memperlahankan keretaku.

Apa yang sebenarnya yang sedang menganggu fikiranku? Hanya Allah sahaja yang mengetahui kerana aku tidak mampu untuk mengungkap betapa begitu terguris hatiku hanya kerana membaca beberapa ayat yang agak pedih dan tidak mampu untuk akal dan hati ini terima .Perkara semalam sedikit sebanyak telah menyedarkan aku bahawa aku tidak boleh menaruh harapan pada apa keadaaan sekalipun.

Aku terus memujuk hati aku yang sedikit demi sedikit pecah ,"duhai hati yang sedang gundah gelana , bersabarlah mungkin ini dugaan Allah kepadamu".. Lantas aku berbisik kepada  hatiku itu.Terkadang aku terus berfikir kenapa ini semua terjadi, sehingga aku terfikir sekiranya aku diberi peluang untuk memutarkan masa kepada sebelum akan aku pilih jalan untuk tidak menerima sepertimana kehidupan aku sekarang .Namun aku tidak boleh ingkar kepada ketentuan Allah, aku tidak ingin terpesong dari akidah aku namun kadangkala persoalan itu seringkali menerpa kedalam fikiranku.

Sesungguhnya aku kusut ,tidak mampu untuk berfikir kerana hati dan jiwaku telah menjad tepu dan aku itdak ingin mendapat masalah "hati". Pada siapa lagi untuk aku meluahkan kalau bukan pada Yang Maha Esa. Sahabat terutama sekali hanya mampu mendengar dan memberikan cadangan mereka yang kadangkala tidak logik.Aku menjadi semakin buntu, nafasku sesak tidak mampu aku gambarkan kesakitan hati ini.

Apakah aku harus mendiamkan diri ?membawa diri ini ? mencari apa yang sebenarnya diri aku inginkan?

Tidak dapat aku gambarkan bahawa betapa bahagianya diriku sebelum ini, namun panas yang ku sangka hingga ke malam salah ramalan ku , rupanya hujan disubuh hari....

Betapa jauh perjalanan hidupku begitu jugalah banyak pengalaman dan dugaan yang harus aku tempuhi.Ku memohon kepada hatiku agar kuat dengan semua ini. Apa yang telah ditakdirkan kepadaku pastinya aku harus menerima dengan hati terbuka.

Sebaik-baik perancangan adalah datang dari Allah...

Wallahhualam....





0 jantung tertinggal: