hari ni dari pagi lagi asyik duk buat kerja rumah. Bersihkan bilik,susun buku-buku yang dah xdiguna lagi,tukar cadar,sapu rumah,kemas ruang tamu,bagi MEOW2 makan.Dah siap selesai semua barula isi perut.pukul 12:30 tengah hari baru nak sarapan pagi dan mandi pagi. opss KANTOI.Konon-konon aku jerla yang buat kerjakan..Tapi okey la dari duk pikir perkara-perkara yang menyemakkan kepala.Better saya buat kerja untuk hilangkan STRESS kat kepala saya ni..
Dah siap mandi dan solat baru la dapat update blog saya.Hari ini indah sebab hari ini hari Jumaat,walaupun dalam hati saya ini tidak seindah hari ini.Saya cuba mengindahkan hari saya dengan baca blog kawan-kawan.Tak lama lagi kita nak puasa dan saya akan mulakan hidup saya sebagai pelatih di Taman Tamadun Islam (TTI).Secara keseluruhan saya belum cukup bersedia lagi untuk menjadi pelatih sebab masih banyak lagi yang belum selesai lebih-lebih lagi persiapan dari segi mental.
Secara jujurnya ketika saya sedang menaip entry ini hati saya RESAH,GELISAH.Saya cuba untuk berhenti berfikir seketika tentang ITU kerana ITU telah membuat saya lemah dan tak mampu untuk berfikir.Apa lagi selepas ini?
0 jantung tertinggal:
Post a Comment