Secara positif mungkin saya dan dia sedang diuji untuk melangkah ke satu tahap lagi. Benar lah kata salah sorang sahabat yang saya anggap kakak saya dia selalu berpesan , sekiranya kita sentiasa bersangka baik kepada Allah ,Allah akan sentiasa tolong umatNya..
Sekarang kami diuji lagi.. Allah jauhkan pula jarak antara kami ,saya di Barat Terengganu dan dia di utara Terengganu. Mungkin bagi sesetengah orang jarak itu bukanlah jarak yang terlalu jauh , tapi bagi saya sendiri sedikit sebanyak ia sangat menguji keteguhan hubungan kami. Kami terpaksa akur kerana tuntutan kerja , masing-masing harus tetapkan pendirian dan jarak memisahkan kami.
Saya percaya pada ketentuan Allah dan saya percaya jika ini dugaan untuk kami, maka saya seharusnya kuat dan sabar kerana inilah satu cara untuk mendidik kami menjadi seorang wanit a& lelaki malahan seorang bakal isteri & bakal suami yang lebih baik dari sebelum ini.
Mungkin untuk permulaan kalinya saya sedikit tidak selesa dengan perubahan pada kehidupan kami, namun saya kuatkan dan tabahkan hati bila adanya satu perubahan yang mana merubah seseorang itu kepada keadaaan yang lebih baik, maka saya seharusnya lebih kuat .
Semakin hari semakin mematangkan saya.. Saya ditempatkan bekerja di daerah lain , manakala dia pula daerah yang belainan.. dan itulah ujian Allah pada kami.. supaya kami dapat mencari kelengkapan untuk kehidupan kami dimasa akan datang .. In Sha Allah,, kerana saya percaya dan yakin Allah tidak akan menduga umatNya melebihi kemampuan umatNya..
Saya bersyukur .... Walaupun perasaan rindu ini membuak-buak ,, saya percaya ini untuk kebaikan kami berdua...
Untuk kekasih hati, semoga awak sentiasa berada dalam lindungan dariNya...
saya rindu awak .... :(
0 jantung tertinggal:
Post a Comment