Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Wednesday, 17 August 2011

persiapan raya .

wahhh...lagi 2 minggu nak beraya , kat opis ni kelam kabut masing-masing nak hantar kad raya , department liena dah settle hantar kad raya tadi kat pejabat SUK, MAIDAM,MAHKAMAH SYARIAH. Small matter jer bab-bab hantar menghantar ni sebab dapat outing , instead of duduk kat dalam opis yang tak buat apa-apa.Sebenarnya bukan nak bercerita pasal kad raya ke, pasal hal kat dalam opis ker, ni pasal macam mana persiapan raya tahun ni.

Mesti setiap keluarga akan ada satu tema , mesti happening kan bangun awal-awal pagi then pakai baju yang sama color dengan ahli keluarga yang lain then ambil gambar sama-sama untuk buat kenangan. Tapi bagi liena walau gembira macam mana sekalipun , jauh di lubuk hati liena , liena akan tetap menangis sebab terlalu rindukan saat beraya bersama arwah ayah.

Liena masih ingat lagi tahun terakhir liena dapat beraya dengan arwah ayah, arwah pakai baju melayu color maroon, masa tu arwah memang taknak baju melayu baru sebab kata beliau , baju-baju melayu yang ada masih boleh pakai and still nampak baru. Mak liena pun memang tak prepared apa-apa untuk arwah , just beli baju yang biasa beliau pakai dan juga seluar jeans.Tahun tu kami sekeluarga tak buat tema color sama , so masa tu semua random jer color baju masing-masing. Tapi tak tahu yang itu tahun last dapat beraya dengan arwah, kalau kami tahu kami dah siap-siapkan baju yang baru untuk arwah dan baju tu sama color.Langsung tidak ada gambar yang diambil untuk  dibuat kenangan unutk hari ini.Memang tahun tu beraya ala kadar jer.

Sedih, siapa yang tidak rasa sedih apabila seseorang yang sangat berharga pergi meninggalkan kami  sekeluarga buat selama-lamanya. Sukar untuk liena gambarkan macam perasaan ini bila teringatkan kenangan bersama arwah , bukan setakat kenangan beraya bersama tapi kenangan yang pernah kami lalui bersama . Suka ,duka , pahit dan juga manis. Liena memang seorang anak yang sangat berdosa dengan seorang ayah yang sangat berhati mulia dan baik hati. Seriouly, sampai hari ini liena masih rasa bersalah walaupun berulang kali emak nasihatkan liena supaya buang rasa bersalah itu sebab yang pergi biar pergi dan kita yang hidup yang pernah berbuat salah dengan arwah kenalah berubah dan sentiasa  rajin menyedekahkan Al-Fatihah dan baca Al-Quran untuk arwah. 

Liena amat terasa akan kehilangan arwah, terasa macam masih belum puas untuk berada bersama arwah. Beliau memang seorang ayah yang sangat the best. Mungkin memang sukar untuk liena jumpa dengan seorang lelaki yang persis seperti arwah ayah liena. Bukan mungkin tapi pastinya tidak akan ada!.

Syawal kali ini adalah Syawal yang kedua tanpa beliau, walaupun sebelum ini kami sekeluarga pernah beraya tanpa arwah disebabkan arwah terpaksa bekerja .Namun masih lagi dapat mendengar suara beliau. Tapi sekarang sampai bila-bila pun liena tidak akan dapat mendengar suara beliau. Namun macam mana  sekalipun liena kena kuat untuk adik-adik dan juga mak. Yer, betul kata mak yang hidup kena teruskan kehidupan. Dan liena akan sentiasa akan ingat pesanan arwah sebelum menghembuskan nafasnya . Arwah sempat berpesan supaya liena teruskan mengajar adik-adik mengaji Al-Quran sampai mereka semua khattam dan arwah juga ada pesan supaya liena berubah. 

Al-Fatihah untuk ARWAH ZAINUDIN BIN SALLEH

Nota jari : nantikan sambungan kenangan bersama arwah ayah di next entry

0 jantung tertinggal: