Pages

PLACE YOUR ORDER HERE

TYPE
Name:
Email Address:
CONTACT NO
ADDRESS
LIST OF ORDER/QUANTITY
ACCEPT T&C

This form powered by Freedback
Saturday, 25 May 2013

sukar

Kesedihan seseorang kadang-kadang tidak dapat dilihat dengan secara mata kasar atau seseorang yang sedang bersedih tidak akan dapat menzahirkan rasa kesedihan tersebut. Namun, dapat menyembunyikan rasa kesedihan itu dengan menzahirkan seribu senyuman yang hampir menyamarkan kesedihan yang sedang dihadapi.

Bukan senang hati yang sedang menanggung rasa tersebut. Lebih-lebih lagi rasa itu hanya mampu dipendam.

Dan, tidak semua benda atau masalah yang dihadapi dapat kita cerita atau luahkan kepada insan yang bergelar manusia. Tapi yang pasti setiap masalah yang dihadapi pasti dapat diringankan dengan kembali kepada Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Apakah setiap benda yang dihadapi seseorang akan dapat diselesaikan ? ya,, sekiranya kita tidak putus meminta pertolongan dariNya dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan.
In Sha Allah.

Dan pada ketika ini jugalah saya merasakan suatu perasaan yang tidak tenang. Adakah kerana saya semakin menjauh dari Sang Pencipta sehingga diberikan rasa seperti ini? Sesungguhnya saya manusia yang banyak melakukan kekhilafan dalam memperbaiki setiap keelmahan dan kekurangan .

Benarlah, jika disaat kita sedang mencuba untuk berubah kearah kebaikan kita akan dilanda pelbagai ujian .Namun ujian yang telah diberikan kepada kita semestinnya tidak melebihi dari keupayaan kita.

Saya percaya pada takdir yang telah ditetapkan kepada saya, hanya masa yang menentukan jodoh pertemuan & ajal maut . kerana Dialah yang mempunyai segala jawapan kerana hanya Dialah Yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, semoga engkau kurangkan rasa resah ini , semoga engkau memberi jalan yang luas dan terang untuk kehidupanku..  Ameen...




0 jantung tertinggal: